Thursday, May 13, 2010

Rupanya selama ini dia bermanja

Rupanya selama ini dia bermanja

Mengenang kembali saat tersentuh dengan risalah, jiwa kosong itu bergelora. Teruja dengan fenomena yang logik diterima akalnya. Pada saat itu dia muhasabah, mengenang kehidupannya yang lalu. "Kalau begitu, apa guna sebelum-sebelum ini!!"

Lalu dia bertekad untuk memulakan sesuatu yang baru di dalam dirinya. Dan juga dia bertekad untuk menanggal beberapa sesuatu dari dirinya. Dia yakin itu jalannya. Mengapa tidak. Itulah yang harus dilakukan. Dia sangat bersemangat.

Mengharapkan dirinya ditatih dan dibimbing, rupa-rupanya dia perlu menangkat langkahnya sendiri. Akur dengan realiti, dia membulatkan azam, dan meneguhkan hati. "Aku harus jadi kuat.".

Teringatlah kembali akan mentaliti itu. Teringatlah kembali akan semangat naif itu. Naif mungkin, namun hangat dan membara. Dia menyelusuri jalan ini dengan sejemput pengalaman, secebis hikmah, sesuap kemahiran tetapi dengan seribu optimis dan keinginan.

Berlalulah masa berlalu..

Berlalulah masa berlalu..

Berlalulah masa berlalu..

Dia pun mengenang sejarah hidupnya. Dirasakan dirinya masin kerana banyak garam yang dimakannya. Haha. Masih naif rupanya.

Dia terlupa, ramai lagi selain dia. Dia alpa, selain dia mereka lebih bekerja. Haha.

Muhasabahnya kembali merumuskan kesimpulan. Bahasa himmahnya sebenarnya telah luput tanpa sedar. Alasannya semakin berputik dan berputik dan berputik. Cukuplah..

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah

Cukuplah. Bangun dan sedarlah.

Bangunlah.

Jangan bermanja lagi.

Capailah hati itu. Binalah rijal.

Beramallah. Pastikan ianya bukan untuk dilihat.

Pergi. Fikir. Rancang. Bangun. Keluar

Pergi wahai daie
Bergerak wahai murobbi
Dakwah ini tidak pernah henti
Atau memperlahankan langkahnya kerana engkau yang asyik kurang pasti

Bangunlah wahai daie, wahai murobbi
Hidupkan hatimu dan hati mereka
Suburkan ruhimu dan tumpahkan ke dalam hati mereka
Jangan dibiarkan jahiliyah membuka langkah kekuda

Wahai mutarobbi wahai jundi
Cukuplah dengan alasan-alasanmu selama ini
Sahutlah seruan, kerahlah pemikiran, pancangkan ketaatan
Dakwah ini subur dengannya

Wahai murobbi, wahai daie
Wahai mutarobbi, wahai jundi
Ingatlah kata-kata sang nabi
Ketika wahyu kedua menerpa
Disimpulkan kepada isteri tercinta

Berlalu sudah waktu tidur..

Bangun.. Cukup dengan kemanjaanmu selama ini..

2221hrs
13/05/2010

Sunday, May 9, 2010

Istimewa di kala Hari Ibu


Ma,
Di sini  ingin kutitipkan kata-kata
Warkah hadiah tanda cinta
dan penghargaan buat insan teristimewa

Ma,
Terima kasih kerana melahirkanku
Terima kasih kerana membesarkan aku
Terima kasih kerana bersabar denganku
Terima kasih kerana mendoakanku

Ma,
Quran berbicara tentangmu
Betapa susah mama mengandungiku
Betapa sabar mama menyusukanku
Betapa kasih mama di waktu kecilku

Ketahui Ma, Islam mengajarkan aku
Bahawa selepas Tuhan dan Rasul
Cintaku tiada diberi kepada mana-mana manusia
Sayangku tiada patut kepada sebarang wanita
Kasihku tiada berhak kepada sesiapa
Melainkan untukmu dahulu, wahai Mama

Ya Allah,
Ampuni dosa aku, ampuni dosa Mama
Beri hidayah kepadaku, beri hidayah kepada Mama
Kasihanilah aku, kasihanilah Mama
Himpunkanlah di syurga nanti, aku dan Mama

Mama
Dunia meraikan hari ini untukmu
Namun ketahui wahai Mama
Tiada beza Mama pada hari ini atau hari lainnya
Kerana sentiasa mama istimewa bagi diriku

Istimewa buat Mama, ibuku
Dan juga buat mereka yang bergelar ibu







Friday, April 23, 2010

Pemanisnya ukhwah..


Toriq Da'wah dan Tarbiah ini pemanisnya ialah ukhwah..

"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari
Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan
ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian
menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan
iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai
model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh
penghuni muka bumi ini."


Abang,
Terima kasih kerana bersabar denganku
Aku tahu kau prihatin walau tidak selalu kau zahirkan
Aku yakin kau peduli walau tidak selalu kau bertanya
Aku menyebut engkau dalam doaku, dan aku tahu kau menyebutku dalam doamu

Abang,
Aku tahu kau mahu prihatin
Aku yakin kau mahu peduli

Ya Allah, kuatkanlah ikatan hati-hati ini
Ya Allah, kuatkanlah ikatan hati-hati ini
Ya Allah, kuatkanlah ikatan hati-hati ini

Adik,
Terima kasih kerana bersabar denganku
Dan ketahuilah bukan kau sahaja belajar dariku, aku juga belajar dari kau
Aku mahu berjanji untuk membimbingmu sebaik yang aku mampu
Aku mahu berjanji untuk mendidikmu menjadi lebih baik dari aku

Adik,
Kita penyelamat ummah ini
Untuk misi ini hati kita bertaut
Uhkwah kita, 'ohana' kita.

Fawasiqillahumma raabitootahaa
Fawasiqillahumma raabitootahaa
Fawasiqillahumma raabitootahaa

Ya Rahman
Aku milikMu

Ya Rahim
Kau tempatku kembali

Ya Muqallibalqulub
Tsabatkan hati-hati kami di atas jalanMu..

Mantap ukhwah kita, mantaplah tarbiah kita, mantaplah da'wah kita.

Sunday, April 4, 2010

Kepada mutarobbi..


Minta maaf
Wahai mutarobbi
Kerana kau mendapat aku sebagai murobbi


Malunya aku wahai mutarobbi
Menggelar diriku sebagai murobbimu
Dan menggelarkan kau sebagai mutarobbiku


Aku gagal memenuhi dirimu dengan himmah..
Aku gagal mengajarmu erti tajarud..
Aku gagal menyinarimu dengan ruh rabbaniyyah..
Tidak cukup dariku fikrah dan ukhwah..
Dan kau kering ketandusan kasih sayang..


Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kurangnya prihatinku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kasarnya nada kata-kataku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Tajamnya pandangan mataku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kurangnya senyumanku terhadapmu


Maafkan aku wahai mutarobbi..
Kerana kau mendapat aku sebagai murobbi..
Layakkah aku digelar murobbi..
Sedangkan kau tidak diperlaku seperti mutarobbi..


Ya Rabb, ampuni aku
Aku gagal memenuhi amanah besarMu
Ya Rabb, ampunidia
Jadikan dia lebih baik dariku
Ya Rabb, berikan aku taufiq dan hidayah
Aku tidak mahu lagi berlaku zalim terhadap mutarobbi
Ya Rabb, berikan dia taufiq dan hidayah
Jumpakan dia dengan murobbi


Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku menanam cita-cita untuk menjadikan kau rijal
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku berazam untuk menarikmu bersama ke dalam soffku
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku cuba untuk menanam benih cinta da'wah dan tarbiah di hatimu
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku ingin kau menjadi seorang murobbi


Dan ketahuilah wahai mutarobbi..
Aku juga seorang mutarobbi..
Yang masih mengharapkan murobbi..


Saturday, November 21, 2009

Man ana..?


Bismillah..

Wahai Pemilik hati, wahai Pemilik jiwa, jiwa yang kecil, kerdil lagi hina ini..

Siapakah aku?
Siapakah aku?
Siapakah aku?

Aku seorang muslim
Aku seorang mutarobbi
Aku seorang murobbi
Aku seorang daie
Aku seorang anak
Aku seorang adik
Aku seorang abang
Aku seorang kawan
Aku seorang pelajar
Aku seorang jundi
Aku seorang qiadah
Aku seorang hamba

Itukah aku?
Itukah aku?
Itukah aku?

Aku mahu menjadi mukmin, muttaqin, muhsinin yang mujaahidiin
Aku mahu ditarbiah dengan sebagaimana hak itu merupakah milikku
Aku mahu mentarbiah binaanku dengan sebagaimana amanah itu tertimpa ke atasku
Aku mahu menjadi bergerak, bukan tersandar rehat dengan malas
Aku mahu berbakti dan menghargai ibubapaku
Aku mahu mendengar dan membantu abang dan kakakku
Aku mahu membimbing dan menjadi qudwah kepada adikku
Aku mahu menjadi saudara sebagaimana hak seorang saudara kepada saudaranya
Aku mahu menjadi pelajar yang menghormati guruku
Aku mahu patuh dan mendokong dengan sepenuh hati kepada apa yang disyurakan
Aku mahu berfikir, bertindak, mengambil tahu sebagaimana layak amanah itu telah jatuh ke atasku
Aku mahu menjadikan diriku sebenar-benar hamba, di setiap masa, di setiap tempat

Hak..
Amanah..
Taklif..
Tanggungjawab..

Benarkah aku mahu, ataupun aku perlu?

Mujur sekarang masih ada mahu itu, sedangkan aku perlu
Masakan aku tidak mahu, sedangkan aku perlu
Kadang-kadang tergoyah mahu itu, kerana aku tidak mampu
Masakan aku tidak mampu, sedangkan aku perlu
Masakan aku tidak mahu untuk mampu, sedangkan aku perlu

Semoga diriku ini mahu untuk mahu
Semoga diriku ini mampu untuk mahu
Semoga diriku ini mahu untuk mampu
Semoga diriku ini mampu untuk mampu




قُلْ إِنَّ صَلاَتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى للَّهِ رَبِّ الْعَـلَمِينَ - لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ 


Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagiNya. Dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku. Dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri" [QS 6:162-163]





Friday, November 13, 2009

masakan begini..di mana masaku pergi?

Bismillah.

"dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu di dalamnya: sihat, dan kesempatan (waktu)" [HR Bukhari]


bila time management hampeh, semua benda pun menjadi kelamkabut. itulah masalah sebenar.


selalu bila ditanya tentang update tugasan or homework ke..or bila memuhasabah mutabaah yang tertunggak..mesti kabut. huru-hara nk mensiapkannya, mula la terhegeh2 nak contact orang, mula nak buka buku,  mula la nak itu, nak ini...itu case belum habis deadline lagi..


tp bila dah abes deadline, n dah kantoi x siap. ditanya kenapa x siap, maka mula la mencari alasan..n yang bestnya, diri ini mula nk menyalahkan sekor makhluk tuh.. makhluk bernama masa..

ya, masa itu adalah makhluk, Allah yang cipta. dan kita semua tertakluk di bawah influence masa tuh tuh..

duh, takkan nak salahkan masa, kawan. kan masa Allah bagi kepada semua orang sama je. 7 hari seminggu. 24jam sehari. 60minit sejam. 60saat seminit. 1 saat blablablabla.. so kalau semua orang pun ada masa yg sama cam kita, so takkan nak kata masa itu tak menyebelahi kita, masa tuh saja je nk penatkan kita..


jadi, mereview kembali, maka yang salah itu bukannya masa. tp BAGAIMANA KITA MENGURUS MASA..

aih, tp x semudah yg dikata, perlu juga mujahaaadaah bah (cakap sabah pula..)


dah baca dah pun 7 habits tuh..habits ke-3 cerita baik punya pasal time management.. nk praktik itu is another thing..


hmmmmmmm..


oh Tuhan, berikan aku keberkatan masa!!


teringat pula kata syeikh kita.. kerja yang ada itu lebih banyak daripada masa yang ada..

itulah dia..

kalau masa itu ditumpahkan/disumbangkan kepada benda yg bukan kerja.. itu yg kata takde masa tuh!! itu yg x bekerja tuh!



apa benda yang  bukan kerja tuh?
i)pro evolution soccer 2009.. (skrg yang 2010 dah ada dah pun)
ii) tidur..padahal x ngantuk pun. n tak penat mana pun..
iii)banyak sgt jumping2 blog, smpai leka waktu
iv)baca naruto yg dulu2 punya episod. (kalau baca minggu latest punya, ok lagi, 5min je kot. bila baca yg dulu2 punya, jadi 55minit!!)



patut la nk masak pun rasa cam membuang masa

patut la nk contact family pun rasa cam x cukup masa

habis juzuk 29? 28?
habis matan arbain?
40 hadis dari riadhus salihin?

bro, mimpi la kalau camni..


***



hmmm..rijal itu ada dalam dirinya harisun ala waqtihi..dan munazhamun fi syuunihi.. 

hmm.. sah! belum cukup rijal lagi aku nih!! 



so apa ubatnya di sini?

tak sure lagi.. apa2 pun. jangan salahkan kerja yg diamanahkan kepada kita tu dulu. 

detect3! detect ke mana masa2 yg kita ada tuh dilesapkan..


hah.. apa lagi.. ckup lah tuh!.pi sambung kerja hang! =p


******


(..keluhan dan monolog dalaman dari diri yang masih perlukan lebih lagi mujahadah..n ofcoz the neverending tarbiah..)



waAllahua'alam


فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ 
 "maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).. [94:8]



Tuesday, November 10, 2009

siang di kala musim salju

Bismillah. dengan namaNya yang Maha Memiliki

bila winter nih, terasa sekejap pula siang hari.

matahari naik jam 7 lebih. tapi jam 8 rasanya still gelap. jam 9 baru terasa terang.

jam 4 pula sudah maghrib.

sekejapnya siang.

teringat pula exclamation segolongan manusia nih..

كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُواْ إِلاَّ عَشِيَّةً أَوْ ضُحَـهَا

"Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu, mereka merasa seakan-akan hanya tinggal (di dunia) pada waktu asyiyyahh atau waktu dhuha" [79:46]

Ashiyyah - it is the time between noon until the setting of the sun
Duha what is between sunrise and midday (noo).

hmm..

sekejap ke dunia nih.. terasa cam lama je.. dah 20tahun dah ni..

kenapa diorang rasa camtuh ekh..rasa dunia ni cam sekejap..

sebab dahsyat sangat kiamat tuh..