Sunday, October 26, 2008

Philosophy..and The Truth..

Dengan Nama Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana


Alhamdulillah, diberi peluang untuk mencoret di sini. Blog ini sudah berhabuk dan bersarang labah-labah rupanya.


Kebelakangan ini saya dikirim ujian dari Allah. Demam, batuk, selesema dan juga asthma. They came in package! Hal ini memang saya alami sejak dulu lagi. Jika demam, ada kebarangkalian yang besar untuk terkena penyakit-penyakit lain. Namun, Alhamdulillah, Allah yang maha Pengasih telah memberi saya faham tentang bagaimana pendirian seorang muslim yang sejahtera aqidahnya terhadap ujian. Moga-moga ujian ini menjadi kafarah ke atas dosa-dosa saya dan menjadi asbab kebaikan kepada saya. Mohon doakan juga kepada Allah untuk memberi saya kesabaran dan kesihatan


"Seorang muslim tidak ditimpa oleh rasa letih, penyakit, gelisah, sedih, gangguan ataupun kegundahan, hingga duri yang tertancap padanya melainkan Allah menebus dengannya sebahagian dari kesahalan-kesalahannya." (HR Bukhari & Muslim)


"Sungguh mengherankan perkara orang mukmin itu, sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan hal itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun kecuali oleh orang mukmin. Jika dia diberi sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur, maka ia menjadi baik baginya. Dan jika dia ditimpa suatu mudharat, dia bersikap sabar, maka menjadi baik baginya." (HR Muslim)


Intro yang agak berjela-jela. Maafkan..


****

Realiti seorang pelajar, mereka pasti akan mempersoalkan significance sesebuah subjek yang dipelajari dalam kurikulum pelajaran. Jika gagal mencari significance itu, maka pelajar itu mungkin tidak berhasrat untuk mempelajari sesebuah subjek kerana tidak relevan, bosan dan dirasakan membuang masa. Hal ini pernah seketika saya alami semasa berhadapan dengan subjek Philosophy. Memang subjek ini mengandungi perkataan-perkataan yang agak pelik dan mungkin juga bunyinya kelakar, di samping putaran pendapat-pendapat individu yang amat memeningkan kepala. Undeniable.


Namun, di sebalik maklumat-maklumat pelik dan tidak relevan yang didapati dalam subjek ini, terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Antaranya ialah kehebatan akal manusia, kehebatan ahli-ahli falfasah itu sendiri dan juga kejahilan manusia. Dan dengan pemahaman saya terhadap itu semua, timbul perasaan izzah, perasaan bangga dengan Islam, perasaan syukur kepada Allah yang menghadiahi saya dengan Islam.


******


Tidak dinafikan kehebatan ahli-ahli falsafah kuno atau moden. Gautama Buddha yang mengambil pengajaran dari perkara-perkara yang diperhatikannya sepanjang kehidupannya, Confucius yang memerhati ketidaksempurnaan sistem sosial dalam masyarakatnya, sifat ingin tahu yang hebat yang dimiliki ahli-ahli falsafah Milesian terhadap unsur-unsur alam, kreativiti Pytagoras tentang kaitan nombor dengan kestabilan alam dan daya pemikiran hebat dan kehebatan membuat kesimpulan Socrates, Plato dan Aristotle. Sifat-sifat yang dimiliki mereka wajar diteladani. Hebat!


Pengamatan dan kesimpulan beberapa ahli falsafah kuno atau moden terhadap alam dan terhadap hakikat dan tabiat manusia serta interaksi antara alam dengan manusia menjurus mereka untuk mencipta teori politik dan merangka sistem sosial. Confucius membayangkan masyarakat ideal dalam ajarannya, Aristotle memperkenalkan konsep Ideal State, Thomas Hobbe mengemuka teori Social contract, dan yang terbaru (setakat yang diajar dalam kuliah) - Marx dan Engel dengan buku mereka Dos Kapital yang mengandungi ideologi komunisme. Mereka merangka sistem-sistem hidup ini dengan harapan ia sesuai dan paling ideal dengan tabiat manusia dan hakikat manusia yang mereka fahami. Sistem-sistem hidup itu mereka terjemahkan neraca mereka terhadap fitrah manusia yang mereka jangkakan.


*****

"Allah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing bersedar menurut waktu yang telah ditetapkan. Dia mengatur urusan (makhlukNya), dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu. Dan Dia menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia mejadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir…" [QS 13:2-3]


Manusia yang sedar akan kehebatan alam berasa kagum dan cuba membongkar rahsianya. Mereka membuat kesimpulan tentang fenomena ajaib alam, lantas terbentuk paradigma mereka, neraca mereka terhadap alam. Manusia juga sedar akan kehebatan manusia sebagai makhluk yang sangat istimewa berbanding makhluk-makhluk lain. Mereka cuba membongkar tabiat manusia, mereka cuba memahami manusia, lantas terbentuk pemahaman yang mereka terhadap manusia. Mereka yakin mereka telah memiliki neraca yang tepat terhadap insan bernama manusia. Tetapi, setakat manakah kemampuan akal manusia, yakinkan kesimpulan mereka itu mencapai kebenaran..?


"Dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim kekuasaan (Kami yang terdapat) di langit dan di bumi, agar dia termasuk orang-orang yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap, dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata, "Inilah Tuhanku." Maka ketika bintang itu terbenam dia berkata, "Aku tidak suka kepada yang terbenam. Lalu ketika dia melihat bulan terbit lalu dia berkata, "Inilah Tuhanku." Tetapi ketika bulan itu terbenam dia berkata, "Sungguh, jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat." [QS 6:75-77]


Kebenaran yang hakiki hanya terletak pada zat yang Maha Kuasa. Zat yang Maha Pencipta. Akal manusia walau sehebat mana, tanpa cahaya petunjuk dariNya pasti tidak dapat mencapai kebenaran yang hakiki itu. Mereka boleh membuat kesimpulan dengan hujah-hujah dan eksperimen yang sophisticated, namun, adakah hasil yang mereka perolehi, teori yang mereka simpulkan itu apabila bercanggah dengan 'penyataan Ilahi' , mampu menggantikan kebenaran mutlak, kebenaran hakiki yang hanya diketahui oleh Maha Pencipta itu? Siapakah makhluk yang berlagak pandai yang bergelar insan ini?


****

Kejahilan manusia bermula apabila mereka gagal memahami hakikat penciptaan mereka, gagal mengetahui dari apakah dia, untuk apakah dia, akan ke manakah dia.


Kejahilan manusia yang tidak mengetahui bahawa mereka ini diciptakan oleh Allah dengan tanah yang sifatnya berada di bawah, sentiasa dipijak kaki, membuatkan manusia ini berlagak pandai dan hebat, menyangka dirinya berkuasa mutlak terhadap dirinya, serta menganggap mereka ini tidak bertuhan. Lantas dengan itu dia pun menciptakan sistem hidup, undang-undang yang dirasakan sesuai dan ideal bagi dirinya, dan menolak peraturan dan undang-undang yang disyariatkan oleh zat Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui tentang hakikat dan fitrah insan itu sendiri.


"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah." [QS 96:1-2]


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Sungguh, Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk…" [QS 15:28]


Kejahilan manusia yang tidak mengetahui untuk tujuan apakah dia diberi peluang untuk menetap di bumi ini, untuk apa dia diberi deria, dan untuk apa tersedia segala kemudahan-kemudahan di atas bumi ini, menyebabkan dia berasa amat bangga apabila berjaya mengeksploitasi alam dan mencipta teknologi yang canggih dan maju. Mereka mengimpikan supaya mereka tidak akan mati, agar dapat menikmati pencapaian-pencapaian mereka, mereka ingin memenuhi umur mereka dengan keseronokan.


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melaikan agar mereka menjadi hamba kepada Aku." [QS 51:56]


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan kahlifah di bumi." [QS 2:30]


Kejahilan manusia yang gagal memahami di manakah 'perhentian terakhir' mereka, menyebabkan mereka bertindak sewenang-wenang mereka, bertindak semahu hawa nafsu mereka, kerana mereka menjangka perbuatan mereka di dunia ini hanya akan luput setakat di dunia, tidak akan dipersoal, tidak akan diminta pertanggungjawaban. Mereka terlupa mereka akan kembali kepada Dia.


"Maka Mahasuci yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadanya kamu dikembalikan." [QS 36:83]


****

"Wahai manusia! Sesungguhnya telah sampai kepadamu buktu kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al-Quran)."

[QS 4:173]


Kebenaran yang haqiqi itu, neraca dan paradigma yang tepat dibongkar kepada manusia melalui Al-Quran. Tafsiran tepat terhadap hakikat alam dan hakikat manusia dibongkarkan oleh Tuhan yang Maha Pengasih melalui utusanNya. Kita bersimpati terhadap mereka yang tidak mengenal hakikat sebenar alam dan manusia. Mereka, ahli-ahli falsafah yang hebat belaka akalnya tidak diberi peluang untuk 'tersempak' dengan Islam. Tetapi kita, kita dipilih Allah untuk 'berjumpa' dengan Islam. Atas usaha Muhammad rasul tercinta, kita memperoleh Islam sejak kita lahir. Namun, bagaimana sikap kita terhadap Islam? Bagaimana sepatutnya neraca kita terhadap Islam..?


Islam ialah hadiah kepada kita yang perlu dihargai. Ia mengandungi kebenaran hakiki. Muslim yang menghargai keislamannya, sentiasa sepanjang hidupnya akan menyakini cara hidup Islam, sentiasa mencari kebenaran untuk menambah keyakinannya, berusaha setakat yang mampu untuk mengamalkan ajarannya dan memenuhi tuntutannya.


Brothers and sisters, Islam is a gift for us. Let us have the right neraca towards it!


WaAllahua'alam


"Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepadaNya, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan kurnia dariNya, dan menunjukkan mereka jalan yang lurus kepadaNya."

[QS 4:175]


26 Oktober - 27 Syawal

5 comments:

atam said...

salam wrt.
best2.saje nak share sebab teringat dgn kate alexandrovich*,
zaman dulu2, semua philosopher fikir mengenai nature and god..Cam kagum jugak sebab diorang mencari. Tp,after tu barula diorang discover love b4 marriage.N shakespeare among one of them yg menyebarkannya. Hmm, so aku rasa ni pon propaganda diorg merosakkan pemikiran muslim. WaAllahu'alam.

Azli said...

salam wrt. Tq for sharing..Yes, beberapa perkara, (actually kebanyakan perkara) dalam subjek philo memang contradict dengan islam. Teringat kata-kata Umar Al-Khattab:

"ikatan islam akan terurai satu demi satu, apabila wujud dalam kalangan Muslim orang-orang yang tidak mengenal jahiliyyah.."

Jadi, kepada rakan-rakan 2nd year Nizhniy, although philo agak memeningkan kepala dan bosan lagi tidak ada kaitan dengan medic, still mari kita belajar philo jugak!.. dengan niat untuk mengetahui jahiliyyah-jahiliyyah kuno atau moden, membuat benteng pertahanan di sekeliling kita darinya, dan mencari neraca Islam yang berkaitan dengannya.

nurul0505 said...

assalammualakum
i'm here wondering...cam manalah masa depan aku ngan phylosophy ni? kalau blh drop,aku nak drop..pening kepala i (>_<).But then,knowledge is interesting,no?
setabah mana aku berbandng sidharta gautama in searching for life? hurmmm

tq Azli

Azli said...

salam wrt. sama2 nurul.

yeap, ada yang interesting, ada juga yang agak bosan. but we can try to make the boring subject to be interesting by integrating the 'very-much-all-theoretical-info' with our daily lives kot..

inshaAllah lebih tabah, when we have Allah as the source of our strength, and Quran as our guide =)

dinosor79 said...

menarik menarik....
kalu dah namanya pun berfalsafah...

hmm...
tengok orang belajar bio etc pun leladang banyak teori2 yg bertentangan ngan fakta sains dan aqidah islam diajar seolah2 ianya fakta jugak.... macam bebenda evolusi tu...
yang bestnyer, orang yg dianggap cerdik2, berfikiran saintifik, tapi bersandarkan kepada benda yg tak saintifik....
pelik bin heran bin ajaib