Friday, April 23, 2010

Pemanisnya ukhwah..


Toriq Da'wah dan Tarbiah ini pemanisnya ialah ukhwah..

"Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari
Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan
ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian
menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan
iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai
model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh
penghuni muka bumi ini."


Abang,
Terima kasih kerana bersabar denganku
Aku tahu kau prihatin walau tidak selalu kau zahirkan
Aku yakin kau peduli walau tidak selalu kau bertanya
Aku menyebut engkau dalam doaku, dan aku tahu kau menyebutku dalam doamu

Abang,
Aku tahu kau mahu prihatin
Aku yakin kau mahu peduli

Ya Allah, kuatkanlah ikatan hati-hati ini
Ya Allah, kuatkanlah ikatan hati-hati ini
Ya Allah, kuatkanlah ikatan hati-hati ini

Adik,
Terima kasih kerana bersabar denganku
Dan ketahuilah bukan kau sahaja belajar dariku, aku juga belajar dari kau
Aku mahu berjanji untuk membimbingmu sebaik yang aku mampu
Aku mahu berjanji untuk mendidikmu menjadi lebih baik dari aku

Adik,
Kita penyelamat ummah ini
Untuk misi ini hati kita bertaut
Uhkwah kita, 'ohana' kita.

Fawasiqillahumma raabitootahaa
Fawasiqillahumma raabitootahaa
Fawasiqillahumma raabitootahaa

Ya Rahman
Aku milikMu

Ya Rahim
Kau tempatku kembali

Ya Muqallibalqulub
Tsabatkan hati-hati kami di atas jalanMu..

Mantap ukhwah kita, mantaplah tarbiah kita, mantaplah da'wah kita.

Sunday, April 4, 2010

Kepada mutarobbi..


Minta maaf
Wahai mutarobbi
Kerana kau mendapat aku sebagai murobbi


Malunya aku wahai mutarobbi
Menggelar diriku sebagai murobbimu
Dan menggelarkan kau sebagai mutarobbiku


Aku gagal memenuhi dirimu dengan himmah..
Aku gagal mengajarmu erti tajarud..
Aku gagal menyinarimu dengan ruh rabbaniyyah..
Tidak cukup dariku fikrah dan ukhwah..
Dan kau kering ketandusan kasih sayang..


Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kurangnya prihatinku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kasarnya nada kata-kataku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Tajamnya pandangan mataku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kurangnya senyumanku terhadapmu


Maafkan aku wahai mutarobbi..
Kerana kau mendapat aku sebagai murobbi..
Layakkah aku digelar murobbi..
Sedangkan kau tidak diperlaku seperti mutarobbi..


Ya Rabb, ampuni aku
Aku gagal memenuhi amanah besarMu
Ya Rabb, ampunidia
Jadikan dia lebih baik dariku
Ya Rabb, berikan aku taufiq dan hidayah
Aku tidak mahu lagi berlaku zalim terhadap mutarobbi
Ya Rabb, berikan dia taufiq dan hidayah
Jumpakan dia dengan murobbi


Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku menanam cita-cita untuk menjadikan kau rijal
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku berazam untuk menarikmu bersama ke dalam soffku
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku cuba untuk menanam benih cinta da'wah dan tarbiah di hatimu
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku ingin kau menjadi seorang murobbi


Dan ketahuilah wahai mutarobbi..
Aku juga seorang mutarobbi..
Yang masih mengharapkan murobbi..