Monday, March 12, 2012

Min Haisu Lam Yahtasib

Bismillah.

Aku pernah terbaca komentar ikhwah atau akhowat entah bila atau di mana, aku tidak ingat. Komentar yang bunyinya lebih kurang begini.
.."rindu hingga mengalir air mata apabila teringat ikhwah/akhowat..".."indahnya ukhuwah.."

Kadang2 aku tersengih. Alahai dramatic nye.. Ye ye je nangis rindu etc..

WaAllahi, dan aku skrg dalam kegelapan malam dan  dalam kegelapan bas ini, sedang mengalir air mata menulis tulisan ini.

Mengapa? Aku pun tak tahu. Tp hati terasa sesuatu. Hangat, spt diguris atau entahapa..kerana mengenangkan mereka ini - ikhwah.


Aduhai Rabb, betapa mereka sgt berlaku baik kepada aku. Betapa mereka sgt menyantuni aku. waAllahi, aku tidak segan dan kisah sekiranya ada org geli dengan testimoni aku skrg - bahawa aku rindu kamu ikhwah, aku syg kamu ikhwah.Uhibbukum fillah!

Dan Allah itu sgt penyantun. Al-Haliim. Dia menghadiahkan mau’izah (pengajaran) dari arah yg tiada sangka. Spt mana sentiasa Dia menhadiahkan makhraj (jalan keluar) dariarah yg tidak disangka.

Pada pendapatku yg daif ini, betapa mereka mengesani hatiku ini, kerana mereka benar2 ikhlas dalam itsar. Tiada alasan lain atas santunan mereka melainkan ukhuwah di atasDnT.

Di dalam kesejukan, kegelapan dan goncangan bas ini dek jalan yg entah kurun keberapa kali terakhir diturap ini, aku semakin yakin (inshaAllah). Yakin dgn wasilah tarbiah. Jaulah, daurah, usrah, qiam etc. Wasilah yg perlukan kita utk menggadaikan keselesaan kita. Samada wang, masa, emosi, atau keselesaan physical itu sendiri. Dengan gadaian ini, Allah akan hadiahkan kpd kita mauizah (pengajaran), iman(keyakinan), dan hamasah (semangat). Inilah dia tarbiyah.

Dan pastinya, hadiah tidak ternilai ini tidak akan dihadiahkan tanpa rabbani, mujahadah(usaha kesungguhan) dan ikhlas (kerana Dia).

Dalam keadaan saum, post-riadah berat, tidak sanggup pasrah dgn traffic jam dan berlarientah berapa kilometer mengejar ke stesen bas utk ke destinasi itu.

Padanlah Allah mentarbiyah sahabat dgn seksaan, ghazwah, sariyyah utk memasakkaniman ke hati mereka. Kerana harga iman ini tidak layak bg mereka yg sandar dansenyum dalam keselesaan.

Menangnya perang demi perang walaupun ramadhan kerana rabbani yg tertanam dalamdiri mereka. Betapa saum itu bukan melemahkan..bahkan menjernihkan hati (niat) danakal (judgement @ keputusan)..

Begitulah tarbiyah. Pupuklah rabbani, mujahadah dan ikhlas. Allah akan balas dgn iman,hamasah dan pemahaman. Jgn lupa tawakkal..

Aku tuliskan ini untuk kamu, kerana aku ingin menyatakan rinduku kepada kamu semua.Dan aku ingin berkongsi nikmat pemahaman ini dengan kamu. Semoga Allah redhadengan kita semua.

Allahu ghoyatuna

-dalam bas, ke arah utara, 2203hrs, 11 mac 2012


2 comments:

NadzSina said...

kami pun merindui enta..terlalu sekejap rasenye bersama.moga Allah kekalkan hati2 kita semua di jalan yang diredhai.uhibbuki fillah,akhi!

Anonymous said...

同城交友聊天室 , 同城交友聊天室 , 同城交友聊天室 , 同城交友聊天室 , 同城交友聊天室 , 同城交友聊天室 , 同城交友聊天室 , 同城交友聊天室 , 同城交友聊天室 , 同城交友聊天室