Wednesday, August 27, 2008

blogging?

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Penyantun

Menulis blog bukanlah suatu benda yang biasa or lazim bagi saya. Saya bukanlah orang yang suka menulis, maybe disebabkan sikap yang kurang gemar membaca. Itu seketika dahulu..

But setelah melalui beberapa ketika,terdedah kepada beberapa perkara, mendengar, melihat dan berbincang, timbul satu urgency kepada saya untuk ‘lebih mengetahui’ tentang apa yang berlaku di sekeliling saya, tentang manusia, and ultimately tentang islam. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang ‘mengejutkan’ saya tentang betapa perlu untuk saya memperbaharui diri ini sebagai seorang yg menyerahkan diri kepadaNya dengan memahami Islam, sepertimana ia patut difahami, dan beramal dengan islam, sepertimana ia sepatutnya diamalkan.

Kerana itu, saya meletakkan diri saya untuk ditarbiyyah dan, setelah beberapa ketika untuk mentarbiyyah. Proses tarbiyyah tidak dapat dinafikan telah merubah uncountable hati untuk kembali kepada Allah dan kembali kepada islam dalam erti kata memahami peranan kita yang sebenar sebagai hamba yang dipilih untuk mendiami bumi ini.

Di samping tarbiyyah jam’iah yang dilalui, juga ada tarbiyyah dzatiah dan antara inisiatif untuk mendidik diri ini adalah dengan membaca blog, samada tulisan individu yang berijazah or golongan professional dan juga mereka-mereka yang seperti saya iaitu pelajar. Pendek kata, tak kiralah apa yang mereka tuliskan di blog itu - artikel tentang ilmu or buku, or maybe hanya pengalaman hidup mereka- kesemuanya mempunyai mesej2 tertentu dan ada beberapa yang amat memberi kesan pada hati saya. Inspired!

So, mulalah di hati saya ni terdetik juga untuk menjadi blogger seperti mereka, berkongsi apa-apa sahaja samada bahan yang diterima or any buah fikiran or maybe just pengalaman hari-harian. Niat saya ini saya tangguhkan kerana beberapa sebab seperti takut tidak komited, penulisan yang membosankan and ultimately tidak berilmu. alasan yang x boleh pakai sebenarnya..

"berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat." (QS 87:9)

Sebenarnya banyak je benda-benda yang diterima, buah-buah fikiran, juga peringatan-peringatan. But semua itu lama kelamaan diri ini terlupa semua itu. Itu yang saya alami. Perkara-perkara yang penting and menarik, disebabkan disimpan je sorang2, last2 lupa. Tidak berkongsi dan simpan sorang2, merupakan satu dosa bagi diri ini yang yakin akan wujudnya urgency untuk memberi peringatan.

Jadi disebabkan itu, saya pun nk jugaklah buang masa type2 kat computer nih. Huhu. Kalau blog ini tidak memberi kebaikan kepada orang lain, inshaAllah menjadi janji dan peringatan kepada diri saya sendiri.

waAllahua’alam

"dan terhadap ni'mat Tuhanmu, hendaklah engkau ceritakan" (QS 93:11)

27 Ogos – 25 Syaaban

No comments: