Friday, August 29, 2008

thats odd..

Dengan nama Allah, Tuhan yang tiada Ilah selainNya

Yesterday I went to Semenyih, a place which I think I’ve heard but can’t remember if I’d been there before. I went to UNIM (University of Nottingham in Malaysia) because I was asked to give a talk, kind of a ceramah from maghrib to isha.

Actually it was the first time I’ve been called to do this ceramah thingy. Saya ni bukanlah berilmu or berpengalaman sangat nak bagi2 ceramah nih. Teringat masa form 5, ujian oral untuk subjek BM..rasanya dapat lowest..huhu. Nevertheless, saya bersetuju. Tetap tak boleh nak refuse, can’t find any reason not to do so..(ada je beberapa alasan, tp x boleh pakai punya. Huhu.) Hmm lagipun masa mukhayyam hujung Julai haritu ustaz ada cakap never refuse any peluang2 untuk memberi pengisian2 or anything etc.

As always, I’m not a systematic person. I hardly fully prepared for everything, and for the talk..still tak decide nak bagi pasal apa. Dan kurang juga peluang untuk prepare kerana saya ada daurah yang tamat sehinggalah petang semalam. So..dengan takde idea nak bagi pasal apa, I was left without preparing anything and it was already asar..Jam 5 saya bertolak dari Serdang, bertolak awal kerana takut jam. Dijangka sampai pukul 7.

So dalam kereta saya pun plan nak bagi apa. Planning dalam kepala without jotting down the points had caused me quite a nighmare and beberapa kekalutan sebelum ini. Sangat risau dan cuak and takut! Therefore saya sangatlah berharap pada Allah untuk beri saya masa. Alhamdulillah, kata orang ‘expect the unexpected’, highway semalam lekang dengan kereta. Jalan sangat kosong! Saya tiba di Semenyih dan still belum pukul 6. Therefore, saya pun drive ke surau, park kereta, bawak keluar laptop dan prepare kat dalam. Huhu.

Sudah agak confident, still, segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusan, saya bertolak ke surau UNIM. Tunggu dan menunggu n dah masuk waktu, tapi..tade org pun. Pelik. Ada 2 org je. Setelah azan n solat, still.. baru 3 org..lepas tu sorang dah keluar. Then saya diberitahu rupanya minggu ni ramai orang balik cuti. Akh we(bukan nama sebenar) yang call saya haritu pun tatau budak2 balik cuti. Lorh. huhuhu

So, dah tade orang..gi makan dgn akh haris(bukan nama sebenar), then balik rumah. Menarik betul. But still, saya tak kecewa pun, nor marah, nor menyesal drive agak jauh dan x juga relieved (kononnya terlepas). Ada beberapa perkara saya sudah tahu, pernah mengalaminya dan amat yakin dan beriman dengannya, inshaAllah.

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan bagi setiap orang apa yang diniatkannya..” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

“Barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya kecukupan. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (QS 65:2-3)

Bila mana kita menghadapi masalah or sebarang kesulitan dalam melakukan sesuatu, yang kita betul-betul yakin diniatkan kerana Allah, untuk redhaNya, perkara yang mungkin kita menyusahkan diri kita untuk melakukannya..inshaAllah, pasti Allah akan memberi jalan keluar, memberi kemudahan, dan mempermudah urusan kita.

Beberapa pengalaman saya semasa di Rusia mengajarkan saya perkara ini. Tidak perlulah saya ceritakan semuanya di sini peristiwa saya ke hospital di Лядова, exam kimia sem 1, dan perjalanan ke Волгоград. Bukan apa sangat pun these petty experiences, tetapi event2 ini mengajarkan saya betapa manis bergantung pada Allah, betapa indah bertawakkal kepadaNya dan betapa nikmatnya diberi jalan keluar olehNya

Namun apa saja natijahnya, jika ia mungkin tidak seperti yang kita mahu, maka yakinlah bahawa Allah menilai kita berdasarkan niat kita dan juga usaha kita, bukan natijahnya. Maka tiadalah patut bagi kita untuk tidak redha or tidak puas hati dengan kehendakNya. Tiada yang Dia hendakkan melainkan itu adalah terbaik untuk kita.

Event Semenyih ini mungkin nampak remeh dan tak sesulit mana, huhu tapi tetap ia amat significant bagi saya. Nanti mungkin saya akan kongsikan apa yang saya prepare untuk ceramah itu. WaAllahua’alam

“tidak ada yang mungkin itu, lebih baik daripada apa yang telah berlaku”

29 Ogos – 27 Syaaban

No comments: