Monday, September 1, 2008

what are we waiting for..?

Just be yourself..?


Dengan nama Allah yang milikNya segala yang di langit, di bumi dan apa yang di antaranya.

Saya tidak pasti samada phrase di atas penah didengari oleh org lain. (rasanya pernah). Saya pernah mendengarinya, secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung adalah semasa berbual dengan orang, dan secara tidak langsung adalah dalam TV, dalam drama or movie2 teenage etc. Saya tidak tahu bagaimana reaksi org lain, tapi bagi saya, terasa macam sedikit sakit telinga mendengarnya. Setiap orang mempunyai penafsiran tersendiri, disebabkan kesubjektifan phrase itu.

Jikalau just be urself itu dimaksudkan supaya tidak mimic orang lain sebijik2, maybe dari segi percakapan or apa2 pun, out of terpesona dgn ke’cool’an or ke’style’an individu tersebut, maka bagi saya tidak salah jika kita berkata phrase itu kepada orang lain. Meniru or ingin mencontohi tanpa pemahaman hanyalah bagai ibarat burung kakak tua @ parrot @ папугай.

Tapi, jika tujuan phrase itu bermaksud supaya tidak mahu berubah memperbaik or mengislah diri, bermaksud supaya tiada perlu untuk memerhati, berusaha mencontohi individu yang lebih cemerlang dan bermaksud just be laid back, bersandar, dan tidak perlu menyusahkan diri dan bermujahadah, maka saya akan katakan..

Я не согласен!” (bermaksud saya tidak setuju dalam bahasa rusia)

..seringkali saya mendengar phrase itu seperti pentafsiran saya di atas.

Kenapa perlu berubah?

“pemuda yang statik akan rosak disebabkan statiknya pemuda itu”

Saya tidak pasti dari mana sumber kata2 ini. Saya dengar dari kawan2. Menurut kefahaman saya, ada benarlah kata-kata ini. Lebih-lebih lagi keadaan sekeliling @ surrounding yang amat merosakkan dan membantutkan perkembangan jati diri, nilai ukhrawi dan wawasan hidup.

Betapa besarnya tuntuan untuk improve diri dari semua aspek IQ, EQ, dan SQ dapat dilihat dan difahami jika anda meihat dan meng’observe’ sendiri keadaan kita sekarang. Kita yang saya maksudkan ialah umat. Dan umat yang saya maksudkan ialah umat Islam, mereka yang Alhamdulillah bersyahadah bahawa tiada ilah selain Allah, tetapi masih kabur dalam perlakuan, walaupun tidak dinafikan ada sahaja segelintir manusia2, thoifah2 (golongan) yang setia dengan deen nya. Lihatlah bagaimana keadaan sekarang! Jika tiada jawapan, mungkin perlu untuk dilihat sejarah terlebih dahulu.

*

a) IQ (intelegience quotient), or in other word pengetahuan, ilmu etc,

b) EQ (emotional quotient), kemahiran mengawal emosi, berhikmah semasa berinteraksi dan kualiti2 hubungan kemanusian contohnya empathy,

c) SP (spiritual quotient) aspek akhirat, etika, or mudah disimpulkan: iman

Nevertheless, apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah dari skop individu. Kerana perubahan sebuah ummah bergantung pada individu2nya. Bercakap tentang individu, selamatkah keadaan kita sekarang? Tenteramkah dengan keadaan kita sekarang? ‘Perfect’kah kita?

Are we perfect?

Malas nak cerita panjang-panjang, jawapannya ialah yes.

“Demi jiwa serta penyempurnaannya. Maka Dia mengilhamkan kepadanya kejahatannya dan ketaqwaannya” (91:7-8)

Sesempurna manusia yang Dia ciptakan adalah mempunyai fujur dan taqwa. Bahasa mudah ialah baik dan buruk or positif dan negatif. Keadaan ini adalah fitrah. Therefore kita boleh melihat mengapa budak2 kecik bergaduh2 berebut coklat, macam tamak pulak kan? Walhal diajarkah dia untuk bersikap tamak. Jadi, manusia memang ada kualiti buruk tu. Without question.

“Oh yeke, kalau gitu aku yang ada kualiti buruk inside sekrang ni macam ok je, dah baik n steady je..?”

Yes. Kita mungkin terpikir macam ni. Persoalannya, adakah akan sentiasa stabil diri kita? Adakah selamat membiarkan kualiti2 fujur ini bertempat di hati tanpa ada keinginan menghalaunya?

Kita terlupa pada ‘kawan’ kita yang sorang tuh. Dia penah berkata yang dia akan memperalat bait-bait fujur dalam hati kita ni. Dia nak buat apa kalau dia boleh manipulate?

“..Aku pasti akan mengambil bahagian tertentu dari hamba-hambaMu. (QS 4:118)

Perihal Syaitan

Bercerita mengenai syaitan, inshaAllah semua orang sudah kenal bebenor syaitan nih. Bukan morphological form dia, tetapi perangai, hobi, soft skill, hard skill, wawasan hidup dan impian dia. As it is revealed dalam al-Quran, maka silalah intai-intai sket kisahnya. Saya akan quote beberapa di sini.

“dan benar-benar akan aku sesatkan mereka, dan benar-benar akan aku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka…” (QS 4:119)

“..benar-benar aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau pasti mendapati kebanyakan mereka tidak bersyukur.” (QS 7:16-17)

aku jadikan mereka rasa indah untuk kejahatan di bumi dan sesatkan mereka semuanya..” (QS 15:39)

Highlighted words itu boleh dilihat pada teks Arab ayat2 Quran ini yang bermaksud betapa serius dan komited dan persistent syaitan dalam mengacau kita. Tambahan, syaitan-syaitan ini ada buku kompilasi kacau-mengacau orang sejak zaman dulu2 sampailah sekarang. Boleh kata mereka memang sangat pakar dan mungkin lebih tinggi tahapnya berbanding Dr. Ir. Phd dan sebagainya.

Adakah kita hendak biarkan saja projek-projek mereka ini? Bersandar tanpa membina pertahanan? Sengaja membiarkan bertempat di hati kita umpan-umpan yang memangkin projek-projek mereka?

So..what do we do?

“sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” (QS 91:9-10)

“Jika datang kepadamu petunjuk dariKu, maka (ketahuilah) barangsiapa mengikuti petunjukKu, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sungguh dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.” (QS 20:123-124)

Ayat-ayat di atas adalah beberapa clue dan tips dari Allah Tuhan yang Maha Penyayang. Maka apa yang perlu dilakukan ialah to make choice and decision, to choose which path that we want to walk on. Which route are we going to take, jalan taqwa or jalan fujur.? Membuat sejujur-jujur pilihan dari hati is the first essential step. Ask ourselves, what are we and where are we going actually. Or are we just a traveler without a definite destination?

Setelah membuat pilihan, maka bertindaklah dengan perbuatan yang selari dengan pilihan tersebut. Carilah kebenaran itu, tempatkan diri dalam kelompok yang membantu, bukan membantutkan niat kecil kita. Jangan matikan keinsafan sejenak dengan tidak berusaha melawan nafsu dan tewas dek bisikan-bisikan yang masih ingin duduk bersandar dan terasa amat selesa dengan keadaan yang sangat memperdayakan ini. Berdoa dan berharap pada Allah supaya kita dibantu.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sebuah kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada dalam diri mereka.” (QS 13:11)

Enjoy is Life, Life is Enjoy

Kesilapan mentafsir makna kehidupan adalah satu penyakit serius yang membawa penyakit-penyakit lain. Enjoy life to the max! Masih muda! Hidup mesti enjoy! Dan macam-macam lagi yang biasa kita dengarkan merupakan slogan-slogan penuh penipuan dan menjeratkan, menyebabkan kita lupa bahawa dunia yg best ini hanya transit kita ke kampung akhirat kita. Ada apa dengan enjoy? Tidak ada apa-apa kalau bebas dari hedonisme, melanggar2 hukum etc.

Then what is life is all about? Bagaimanakah Islam mengajar kita untuk mentafsir maksud kehidupan? Apa neraca kita terhadap erti kehidupan? Ketahuilah..

“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (QS 67:2)

“Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya, kerana itu Kami menjadikan dia mendengar dan melihat.” (QS 67:2)

waAllahua’alam

1 september – 1 ramadhan

2 comments:

Ahmedkzaman said...

wa...
bez lah nta pnye coretan..
rase cam alive blog nih..hehe..

Azli said...

jzkk akhi..
segala puji bagi Dia..
mari jdkan segala aset yang kita ada bergerak supaya dapat menggerak..
huhu