Friday, October 3, 2008

Allahumma balighna ramadhan..

Dengan nama Allah, rabbku yang Maha Pengasih

Tersangatlah lama rasanya tidak mengupdate blog ini. Tidak dinafikan waktu kosong apabila bermulanya sesi akademik amatlah sedikit berbanding sewaktu cuti summer. Tetapi, melihat rakan-rakan lain yang tetap konsisten dengan blog masing-masing walaupun mereka juga pelajar, maka tiadalah alasan kecuali kelemahan dalam mengurus masa.

Ramadhan telah berlalu, syawal telah tiba. Banyak perasaan yang berbaur dalam hati. Terkadang berasa amat gembira, puas dan bersyukur dengan ujian-ujian, cobaan, dan beberapa peristiwa yang dikirim oleh Yang Maha Pengasih. Peristiwa-peristiwa yang mengajar hambaNya untuk kembali merajuk, mengadu, dan menangis kembali kepada Dia. Betapa dapat dirasakan bahawa Dia amat dekat, amat mendengar, amat sayang dan concern terhadap hambaNya. Perasaan yang amat indah.

“Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (QS 50:16)

Tapi, terkadang terasa juga perasaan rugi, kerana diri yang tidak mengenali sepenuhnya, tentang tawaran-tawaran super special yang tersedia selama 30 hari, siang dan malam. Teringat ketika suatu hari, lambat memasak, and it so happened that nobody else was at the kitchen (kalu ada orang, boleh diorg hulur kurma), dengan waktu maghrib yang sangat hampir…

dah masuk waktu, nak balik bilik ke buka…? Xpelah..dah nak siap dah ni…”

Jahilnya kerana tidak tahu bahawa Allah amat suka pada hambaNya yang segera berbuka. Dan ruginya diri yang tidak berdoa sepuas-puasnya di saat-saat waktu hampir berbuka puasa. Jahil juga tidak mengetahui bahawa Allah tidak menolak doa hambaNya pada waktu hampir bebuka puasa. Dan begitulah halnya seorang hamba yang menolak bonus itu walaupun telah tersedia di hadapannya sebanyak 30 kali.

“Allah berkata: “HambaKu yang paling Aku sukai adalah yang paling segera berbuka.”

(HR Tirmidzin [Hassan] )

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, ketika saat dia berbuka puasa, doanya tidak akan ditolak oleh Allah”. (Hadith Sunan Ibnu Majah)

There was the time when it came to a realization, to a conclusion, that it is imperative to have His love, His attention, His redha, and anything should be done for it. At certain time yes, perbuatan amat terjaga, and thus hati berasa tenang dengan rasa dekat dengan Dia. As long as all actions are preceded with a mind (akal) that connected to iman, inshaAllah. But sometimes there are times when hawa’ overcame iman and thus govern the mind and action, and as a result, terlupalah janji berbunga-bunga itu. Malunya..ya Rabb ampunilah..

Perasaan rugi yang paling tidak mampu untuk memikirkannya kembali adalah terlepasnya dengan suatu tawaran. Tawaran yang dikira amat baik dan besar dan amat bagus..

“Dari Abu Umamah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang melaksanakan qiyamullail pada dua malam Ied (Idul Fitri dan Adha), dengan ikhlas karena Allah SWT, maka hatinya tidak akan pernah mati di hari matinya hati-hati manusia.” (HR Ibnu Majah).

Tetapi pada malam itu.. sibuk memasak, sehingga jam 2.30 pagi agaknya. Nasib baik tak tergadai subuh. Astaghfirullah..still amat berharap agar Tuhan menetapkan hati di atas jalan ini..

***********************************************************************

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

1 Syawal merupakan hari yang sepatutnya dirai oleh mukmin, selagi mana selari dengan syarak. Syawal diajarkan supaya bangsa mu’min bergembira dan berhibur, mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara mereka yang telah menjadi graduan dari madrasah ramadhan dengan ucapan..

ja’alnallahu wa iyyakuum minal a’idin wal faizin, wa taqabbalaAllahu minna wa minkum” (Semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hamba yang kembali (kepada fitrah) dan sebagai hamba-hambaNya yang menang (melawan hawa nafsu). Dan semoga Allah menerima semua amal ibadah kita.”

Maka, tidaklah pantas untuk hanya bersedih tidak meraikan hari raya, hari kemenangan, hari sekembalian ke fitrah ini. Cukuplah untuk diambil iktibar dari ramadhan tahun ini, dengan mengetahui dan memahami dengan sebenar-bernanya, apakah neraca yang sepatutnya tersemat di hati dan di fikiran seorang mukmin yang muslim terhadap bulan mulia ramadhan, dan selayaknya menghidupkan neraca itu dalam perbuatan. Semoga ramadhan seterusnya diizinkan Allah untuk sampai kepada dia.

Allahumma balighna ramadhan, wa balighna ramadhan, wa ramadhan, wa ramadhan..

Ya Allah, sampaikan kepada kami ramadhan, dan sampaikanlah kepada kami ramadhan, dan ramadhan, dan ramadhan..

-suara hati hamba yang grad dari madrasah ramadhan dengan markah yang kurang ok kot..-

WaAllahua’alam

p/s:

Dari Abu Ayyub RA, seungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian dilanjutkan dengan enam hari dari bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun.” (HR Muslim)

Brothers n sisters, lets go for it!!! huhu


3 comments:

Syukri Shairi said...

thanks li! nasihat ko ni akan aku ingat.. bagus doh. teruskan lagi

Anonymous said...

salam. uve surprised me azli. uve change since the last time i saw u. keep going on azli..dun give up. Allah will always help those who help themselves..insyaallah

Azli said...

to syukri:

no problem..inshaAllah..

to anonymous:

salam. tq, inshaAllah. n who might u be, anonymous..? maybe u've changed as well hehe =)