Tuesday, December 30, 2008

Janji..

Ya Allah..aku menazarkan diriku untuk Kau…


Kerana mati itu pasti..

Alam kubur itu pasti..

Kiamat itu pasti...

Padang mahsyar itu pasti..

Hisab itu pasti..

Sirat itu pasti..

Kerna syurga itu pasti..

Kerana neraka itu pasti...


Tiada langsung keraguan dengan itu semua..

Demi Kau Ya Allah, yang nyawa aku berada dalam kekuasaanNya..

Demi Kau Ya Allah, yang seluruh pergerakan alam ini berada dalam penjagaanNya..

Demi Kau Ya Allah, yang menghidupkan yang mematikan..

Yang menciptakan dan yang memusnahkan..

Yang memberi rezeki dan yang menahannya..

Demi kekuasaan Kau ya Allah…kesemua itu adalah pasti..


Maka apa yang menangguh-nangguhkan aku sekarang..?

Maka kenapa aku masih melambat-lambatkan langkah..?

Maka kenapa aku masih malas-malas..?

Maka kenapa aku masih tidak bersungguh-sungguh..?

Maka kenapa aku masih tidak mahu menazarkan diri aku untuk Kau..?


Aku ini sedang hidup di dunia ini..sedangkan dunia ini sementara..dan aku pasti akan mati..

Aku ini pasti akan disoal di dalam kubur nanti..

Aku ini pasti akan dibangkitkan semula dari kuburku nanti..

Aku ini pasti akan berada di padang mahsyar..

Aku ini pasti aku menunggu waktu hisabku..

Aku ini pasti akan dihisab Engkau..

Aku pasti akan besemuka dengan Titian Sirat..


Maka..apa lagi yang menangguh-nangguhkan aku untuk menazarkan diri aku untuk Engkau..?

Kenapa aku masih menunggu untuk bulat-bulat setia kepadaMu..?


Andai aku menzarkan diriku kepada Engkau..

Kemudian aku tidak mampu..maka aku memohon kepada Engkau untuk berikan aku kekuatan..

Kemudian aku malas..maka aku memohon kepadaMu untuk memberi aku kudrat, keinginan dan keazaman..

Kemudian aku lupa..maka Ya Alah, ingatkanlah aku..janganlah aku menjadi orang yg mendustai diri sendiri..


Aku yakin..Engkau Maha Mendengar..Maha Mengetahui isi hati..Dan Engkau pasti tahu pada saat ini aku tidak berdusta..

Maka jika selepas ini jika aku lupa..maka aku memohon kepadaMu supaya betulkan aku kembali..supaya aku tidak mendustai diri aku ketika ini..


Ya Rabb, aku yakin..syurgaMu bukan untuk orang yang biasa..

Bukan untuk mereka yang tiada mahu bersusah dan berusaha..

Ia hanya untuk mereka yang luar biasa..

Dan..kalau bukan syurga pastilah tempat yang menyeksakan itu..

Apa lagi kalau bukan neraka jika syurga tidak layak untukKu..

Maka pada akal waras ku..pada fikiranku yang masih normal ini..pasti hanyalah syurga yang ku pilih.

Syurgalah yang SEPATUTNYA aku pilih..


Maka apa lagi alasan untuk aku tidak ingin menazarkan diriku..?


Aku telah mengetahui bahawa Engkaulah yang mencipta aku..

Engkaulah yang memberi aku kehidupan..

Engkaulah yang mengizinkan aku mendengar, melihat..

Engkaulah yang memberi aku hati dan akal..

Engkaulah yang mengajarkan aku apa yang aku tidak tahu..sehingga aku berada di sini untuk belajar..

Engkaulah yang memberi aku rezeki..untuk aku teruskan kehidupanku..

Ya Allah, Rabbku..sememangnya diri aku ini adalah dari Engkau..

Sememangnya Engkau memiliki diri aku ini..dan I am at Your mercy..


Jadi..by default..aku memang milikmu..dan aku pasti akan kembali kepadaMu..

Bodohnya aku kalau tidak aku mengakui hakikat ini..


Maka Ya Allah..janganlah aku mendustai diri aku ini..

Lindungilah aku..berilah aku kekuatan..berilah aku kesungguhan..berilah aku teman di sampingku..

Janganlah kau palingkan aku..janganlah kau jadikan aku ini orang yang mendustai kata-kata diriku ini kelak..

Aku memohon padaMu..aku merayu..


Ya Allah..aku ingin menazarkan diriku untuk Kau..


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah?...


...Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah KEMENANGAN YANG AGUNG." [QS 9: 111]



30 Dis 2008 - 3 Muharam 1430

10 comments:

atam said...

..........
moga Allah merahmati kamu.(61:10-11)

nurul nasir said...

^_^

Lil Biruny said...

satu janji ilahi yang pasti!!

Ahmedkzaman said...

"keinginan yang menggila untuk ke syurga perlu ada walaupun kita sering lakukan dosa"

kesimpulan usrah baru2 nih..mnarik2..

Azli said...

to atam: dan juga ke atas kamu.

_________________

to nurul nasir said:

_________________

to naufal: Allahu akhbar!

_________________

to ahmed: jom ahmed kita terus! =)

ArKmalL said...

mm..tgah down bace bgus nih..heheh makasih yeeee =)

Syafiqa Rahim said...

your words is so meaningful..~
Allah bless u..
:)

good luck in everything..

Azli said...

to arKmalL:

jzkk. semoga bersemangat kembali

to syafiqarahim:

tq

teko.. said...

salam,,
mmg fitrah manusia,,klu bende tu xnampak mmg sukar nak caye,

tapi Allah yang maha penyayng tu bagi antum hati n alquran,,yakin lah
wahai saudaraku,,
sesungguhnye keyakinn antum yang mendalam itu yang akan membawa antum ke Syurga Allah,,iA..

nak share ayat(57;16)-jangn tunggu lagi,,peringatan tuk diri gak n teman2 seperjuangn...//

bicarakalbu said...

subhanallah,
Saat diri ini di ambang ke'futur'an,
Allah ilhamkan utk buka link ke blog ini..

mujahadah itu pahit, sakit sekali..
Bermalas-malasan, bergembira, seronok sekali..
tp, at the end of the day, rewardnye adalah vice versa kpd apa yg kita rasakan skrg..

Suburkanlah cinta kami terhadap Engkau Ya Allah,
Anugerahkan pada kami sebenar2 rasa taqwa padaMu sehingga dpt menghindarkan kami dr melakukan kemaksiatan dan kemungkaran trhadapMu
Kurniakan pada kami ketaatan kepada Mu sehingga dapat menghampirkan kami pada syurga FirdausMu
Berikan lah kepada kami keyakinan yang mantap kepadaMu sehingga dapat memperkecilkan segala musibah dunia yang menimpa diri kami..
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..
Makbulkan permintaan ini


Salam mujahadah dari bumi Deccan,India