Wednesday, May 20, 2009

3: 8

Ikhlaskah aku dalam perjuangan?
Jika ikhlas kenapa perlu bosan..
Jika ikhlas kenapa keletihan..
Jika ikhlas kenapa mengharap pujian..
Jika ikhlas kenapa mengharap balasan..
Jika ikhlas kenapa perlu dipertonton segala amalan..

Saan ini ku rasa jauh..
Jauh dari Mu, walau selalu sujud lima waktu.
Jauh dari Pemberi Syafaat, walau salawat di setiap munajat.
Jauh dari ikhwah, walau setiap minggu kita bermesyuarat

Adakah ini tanda hati ini punya masalah? Setiap saat ada resah
Adakah ini tanda hati ini mati? Hingga tak bisa menghargai dan hilang sensitiviti
Adakah ini tanda hati ini penuh daki? Hingga setiap masa merasa dengki

Jangan Ya Allah..
Jangan Kau lupakan daku,
Jangan Kau palingkan hatiku,
Jangan Kau tutup pintu hidayah Mu..

Walllahualam

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami...." [3: 8]

20 Mei - 25 Jamadilawal

*puisi ini bukan saya yang reka, tetapi diforwardkan kepada saya. jika tuan penulis membaca ini, maka saya mohon keizinan. kerana amat cocok sekali apa yang anda tuliskan.

2 comments:

Anonymous said...

salam..
suka puisi ni..
jzkk krn berkongsi..

Syukri Shairi said...

write more dude. sorry hari tu tak ckp byk, was disturbed by something. harap dpt jumpa before ko balik russia. (: