Ma,
Di sini ingin kutitipkan kata-kata
Warkah hadiah tanda cinta
dan penghargaan buat insan teristimewa
Ma,
Terima kasih kerana melahirkanku
Terima kasih kerana membesarkan aku
Terima kasih kerana bersabar denganku
Terima kasih kerana mendoakanku
Ma,
Quran berbicara tentangmu
Betapa susah mama mengandungiku
Betapa sabar mama menyusukanku
Betapa kasih mama di waktu kecilku
Ketahui Ma, Islam mengajarkan aku
Bahawa selepas Tuhan dan Rasul
Cintaku tiada diberi kepada mana-mana manusia
Sayangku tiada patut kepada sebarang wanita
Kasihku tiada berhak kepada sesiapa
Melainkan untukmu dahulu, wahai Mama
Ya Allah,
Ampuni dosa aku, ampuni dosa Mama
Beri hidayah kepadaku, beri hidayah kepada Mama
Kasihanilah aku, kasihanilah Mama
Himpunkanlah di syurga nanti, aku dan Mama
Mama
Dunia meraikan hari ini untukmu
Namun ketahui wahai Mama
Tiada beza Mama pada hari ini atau hari lainnya
Kerana sentiasa mama istimewa bagi diriku
Istimewa buat Mama, ibuku
Dan juga buat mereka yang bergelar ibu
1 comment:
UTUTUTUTUTUTUTUTUTUT
Post a Comment