Thursday, May 13, 2010

Rupanya selama ini dia bermanja

Rupanya selama ini dia bermanja

Mengenang kembali saat tersentuh dengan risalah, jiwa kosong itu bergelora. Teruja dengan fenomena yang logik diterima akalnya. Pada saat itu dia muhasabah, mengenang kehidupannya yang lalu. "Kalau begitu, apa guna sebelum-sebelum ini!!"

Lalu dia bertekad untuk memulakan sesuatu yang baru di dalam dirinya. Dan juga dia bertekad untuk menanggal beberapa sesuatu dari dirinya. Dia yakin itu jalannya. Mengapa tidak. Itulah yang harus dilakukan. Dia sangat bersemangat.

Mengharapkan dirinya ditatih dan dibimbing, rupa-rupanya dia perlu menangkat langkahnya sendiri. Akur dengan realiti, dia membulatkan azam, dan meneguhkan hati. "Aku harus jadi kuat.".

Teringatlah kembali akan mentaliti itu. Teringatlah kembali akan semangat naif itu. Naif mungkin, namun hangat dan membara. Dia menyelusuri jalan ini dengan sejemput pengalaman, secebis hikmah, sesuap kemahiran tetapi dengan seribu optimis dan keinginan.

Berlalulah masa berlalu..

Berlalulah masa berlalu..

Berlalulah masa berlalu..

Dia pun mengenang sejarah hidupnya. Dirasakan dirinya masin kerana banyak garam yang dimakannya. Haha. Masih naif rupanya.

Dia terlupa, ramai lagi selain dia. Dia alpa, selain dia mereka lebih bekerja. Haha.

Muhasabahnya kembali merumuskan kesimpulan. Bahasa himmahnya sebenarnya telah luput tanpa sedar. Alasannya semakin berputik dan berputik dan berputik. Cukuplah..

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah

Cukuplah. Bangun dan sedarlah.

Bangunlah.

Jangan bermanja lagi.

Capailah hati itu. Binalah rijal.

Beramallah. Pastikan ianya bukan untuk dilihat.

Pergi. Fikir. Rancang. Bangun. Keluar

Pergi wahai daie
Bergerak wahai murobbi
Dakwah ini tidak pernah henti
Atau memperlahankan langkahnya kerana engkau yang asyik kurang pasti

Bangunlah wahai daie, wahai murobbi
Hidupkan hatimu dan hati mereka
Suburkan ruhimu dan tumpahkan ke dalam hati mereka
Jangan dibiarkan jahiliyah membuka langkah kekuda

Wahai mutarobbi wahai jundi
Cukuplah dengan alasan-alasanmu selama ini
Sahutlah seruan, kerahlah pemikiran, pancangkan ketaatan
Dakwah ini subur dengannya

Wahai murobbi, wahai daie
Wahai mutarobbi, wahai jundi
Ingatlah kata-kata sang nabi
Ketika wahyu kedua menerpa
Disimpulkan kepada isteri tercinta

Berlalu sudah waktu tidur..

Bangun.. Cukup dengan kemanjaanmu selama ini..

2221hrs
13/05/2010

1 comment:

Anonymous said...

aduh...
satu demi satu
panahan menusuk...
tamparan-demi tamparan

jzkk atas peringatan...
kala diri ini lemah~~